Nasional

Tersalah buka puasa, azan maghrib awal

TULAR satu kejadian di media sosial, seorang penyampai stesen radio tempatan di Tawau, Sabah tersilap menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal sehingga netizen mendakwa ada penduduk tersalah berbuka puasa.

Hari ini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah tampil memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan stesen radio kendaliannya TAWAUfm menyiarkan azan lebih awal daripada waktu yang dijadualkan.

Pengarahnya, Zulkefli Mohd, berkata dalam satu kenyataan media, penyiaran azan Maghrib empat minit lebih awal semalam adalah tidak disengajakan.

Beliau juga menjelaskan bahawa pihaknya menyedari pentingnya siaran azan terutama sepanjang Ramadan sebagai panduan umat islam berbuka puasa.

Penyampai itu Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya turut memohon maaf atas kesilapan yang berlaku semalam.

Beliau turut mengakui kesilapannya serta menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan Maghrib iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.

Justeru Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar dilapor, berkata individu yang tersalah berbuka puasa kerana mengikut azan Maghrib di radio yang disiarkan lebih awal daripada waktunya, puasa mereka dikira terbatal dan wajib diganti selepas bulan Ramadan berakhir mengikut hukum syarak. – Berita Harian

Bagaimanapun, kejadian ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada jabatan penyiaran yang lain agar tidak lagi berlaku kejadian batal puasa akibat siaran awal azan Mahgrib. – SM

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button