Politik

Jangan fitnah Pas – Annuar Musa

TAN SRI ANNUAR MUSA menasihatkan para pemimpin UMNO tidak memfitnah PAS menjadi punca kepada hancurnya Muafakat Nasional (MN) yang berjaya menyatukan umat Islam dan membentuk kerajaan sebelum parlimen dibubarkan tempoh hari.

Bekas Setiausaha Agung UMNO yang kini menyertai PAS itu berkata, PAS merupakan parti yang sentiasa menghulurkan tangan bagi membantu UMNO setiap kali parti itu jatuh.

Tambah beliau, walaupun PAS memenangi paling banyak kerusi, para pemimpinnya tidak pernah berebut untuk  memegang jawatan di dalam kerajaan.

Sebaliknya UMNO, katanya, yang tewas telah diberikan jawatan perdana menteri dan menteri kabinet yang banyak.

UMNO kini, ujar beliau, kini menjadi milik peribadi Zahid Hamidi yang menjadi barua kepada DAP serta Anwar Ibrahim dan hendak bertanding kerusi pun terpaksa menyembah DAP.

Katanya, sikap politik yang diambil UMNO menyebabkan parti itu semakin hilang sokongan orang Melayu kerana sudah meminggirkan perjuangan asalnya iaitu memperjuangkan Islam dan Melayu.

Justeru, Annuar menyeru umat Islam supaya semuanya mengundi PAS walaupun berada di dalam UMNO.

Tambah beliau, DAP sedar kekuatan penyatuan orang Islam, jadi kini mereka menyerang PAS dengan gelaran taliban.

Justeru, tegas beliau, mereka yang masih di dalam UMNO jangan kukuh DAP, sebaliknya undi PAS pada pilihan raya kali ini.

Annuar juga menyeru semua pengundi termasuk anak muda supaya pulang mengundi bagi memenangi semua kerusi di Kelantan.

Parti-parti, kata beliau, semuanya adalah ciptaan manusia, tetapi UMNO kini sudah tercemar apabila dipimpin Zahid, berbanding PAS yang kekal istiqomah memperjuangkan Islam.

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button