NasionalNegeri

Pemangku Raja, Raja Puan Muda Perlis berkenan lawat Huaweii CSIC

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menerima undangan bagi mengadakan lawatan kerja ke Huaweii Customer Solution Innovation Centre (CSIC) di Tingkat 33, Intermark Mall, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Naib Presiden Jabatan Hal Ehwal Awam dan Komunikasi, Huawei Malaysia, Oliver Liu; Pengarah Akaun Kerajaan Huawei Enterprise Malaysia, Nick Lishan; dan Eksekutif Pakar Penyelesaian  Huawei Enterprise Malaysia, Nicholas Yong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurnia cederamata kepada Huaweiii selepas lawatan kerja.

Huawei CSIC merupakan sebuah pusat teknologi terkini yang mempunyai penyelesaian produk Huawei, serta ia direka bentuk sebagai Hab, juga sebagai Pusat Kecemerlangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Terdapat pelbagai jenis penyelesaian di peringkat perniagaan terhadap perniagaan yang sedia ada dan ianya dipamerkan di Huawei CSIC termasuk penyelesaian 5G Huawei di seluruh dunia, dan juga penyelesaian untuk Bandar Pintar, kenderaan autonomi serta sistem Pendidikan Pintar Huawei, terutama dalam pembelajaran hibrid.

Sistem ini dapat meningkatkan penyertaan dan penglibatan antara pelajar bersama guru.

Teknologi ini dapat membenarkan sesetengah pelajar menghadiri kelas secara bersemuka manakala yang lain boleh menyertai secara maya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dipersembah maklum semasa lawatan ke Huaweii CSIC.

Turut dipamerkan ialah sistem Agro-teknologi dengan teknologi Kepintaran Buatan yang boleh menjimatkan masa, memantau kualiti, serta meramalkan hasil dan ‘output’.

Ini adalah termasuk pengeluaran kaviar premium di Malaysia yang sedang menggunakan teknologi ini.

Huawei CSIC juga memaparkan peranti infrastruktur rangkaian yang menggunakan kemajuan teknologi terkini dalam 5G dan telekomunikasi serta RuralStar Huawei, yang mengatasi cabaran teknikal di mana ianya dapat menghubungkan kawasan terpencil, membawa kesalinghubungan kepada peringkat komuniti yang sukar dijangkau.

Maklumat-maklumat ini telah dikongsikan oleh Nick Lishan dan Nicholas Yong kepada Baginda berdua sewaktu lawatan tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan ucapan terima kasih atas layanan baik yang telah dipersembahkan semasa keberadaan Baginda berdua di CSIC.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenaan dipersembahmaklum ketika lawatan kerja di Huaweii CSIC.

Baginda berasa kagum dengan teknologi dan kemajuan yang telah dibangunkan serta turut berharap agar agensi-agensi yang bertanggungjawab di Perlis dapat mempertimbangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan dengan pihak Huawei untuk membawa teknologi-teknologi ini ke Perlis, terutama untuk meningkatkan manfaat negeri ini dan juga rakyatnya.

Pemangku Raja sejurus selepas itu bertitah agar pihak Pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) Negeri Perlis dan Pengerusi serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa ICT Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk hadir membuat lawatan dan juga lanjutan perbincangan susulan ke Huawei CSIC, hasil daripada keberangkatan Baginda berdua tersebut. – SM

BACA Pemangku Raja Perlis: Pekerja aset berharga organisasi

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button