Luar Negara

Terlanjur dengan anggota polis, gadis remaja ditemui mati di kubur bapa

SEORANG remaja perempuan ditemukan mati di kubur bapanya di Desa Japa, Mojokerto, Jawa Timur Indonesia pada khamis lalu.

Remaja tersebut, Novia Widyasari Rahayu, 23 tahun dipercayai membunuh diri dengan meminum racun kerana mengandung anak luar nikah.

Novia juga dikatakan telah terlanjur dengan seorang anggato polis tempatan dan Novia disahkan mengandung.

Anggato polis tersebut telah mengelak untuk berjumpa dengan Novia setelah mengetahui Novia mengandung dan ini menyebabkan Novia mengalami tekanan perasaan.

Novia dan anggota polis tersebut sering terlanjur dan mangsa telah mengandung dua kali iaitu pada Mac 2020 dan Ogos 2021.

Namun, atas persetujuan bersama, kedua-dua kandungan tersebut digugurkan.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap polis, Hadi Supraptoyo dan turut telah menahan teman lelaki Novia untuk membantu siasatan.

Anggota polis tersebut akan didakwa atas kesalahan sengaja menggugurkan kandung.-SM

(Visited 425 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button