Nasional

Terlampau beri muka’ Dong Zong ‘naik tocang’

KERAJAAN terlampau `beri muka’ kepada pertubuhan cauvinis Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sehingga mereka `naik tocang’ mempersoalkan isu-isu sensitif menyentuh bahasa dan orang Melayu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, beliau cukup hairan mengapa Dong Zong membantah keras pembelajaran tulisan khat Jawi di sekolah vernakular padahal perkara itu telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan.

“Apa yang ada kaitan dengan Islam dan Melayu, mereka bangkang, Inilah rasis.

“Dari dulu, kita terlampau memberi ruang, lama-lama semua yang mereka minta kita beri,” kata beliau kepada kepada Suara Merdeka selepas menghadiri satu forum di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) di ibu negara semalam.

– SUARA MERDEKA

(Visited 481 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button