Ekonomi

TERKINI: Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Serta-Merta

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2025 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kini secara rasmi menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan ini diumumkan susulan penyusunan semula portfolio kabinet oleh Perdana Menteri dalam usaha memperkukuh pengurusan dasar ekonomi negara dan menyegerakan pelaksanaan agenda reformasi struktur.

Pelantikan ini dilihat sebagai langkah strategik bagi memastikan kesinambungan dasar ekonomi MADANI, khususnya dalam aspek pelaburan langsung asing, daya saing pasaran buruh, serta pengukuhan fiskal negara.

Amir Hamzah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KWSP dan dilihat sebagai tokoh teknokrat yang berpengalaman luas dalam sektor korporat dan pengurusan ekonomi.

Dengan pelantikan ini, beliau dijangka memainkan peranan penting dalam menyelaras pelaksanaan dasar ekonomi negara termasuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), reformasi subsidi bersasar, serta pelan peralihan tenaga negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button