KesihatanpilihanSains

Terkena Demam Secara Mengejut? Harapnya Anda Bebas Daripada Penyakit Ini!

Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.

Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa dan penyakit ini menerusi virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup.

Jangkitan juga berlaku melalui:

i) hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta
ii) tangan yang tercemar.

Sehubungan itu terdapat gejala awal yang perlu dikenal pasti seperti demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza (penyakit berjangkit radang akut melibatkan saluran pernafasan atas, mialgia (sakit di satu atau lebih otot) dan prostration (tidak terdaya atau keletihan fizikal atau mental).


Jangkitan berlaku lebih teruk dalam kalangan warga tua dan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan maut terutamanya warga emas dan pesakit kronik.

Bagaimana untuk merawat?

  1. Minum air suam untuk melegakan sakit tekak dan batuk.
  2. Amalkan makan secara sihat dan tidur/rehat secukupnya.
  3. Elakkan stres kerana ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan.
  4. Sekiranya tanda dan gejala berlarutan, dapatkan rawatan doktor.

Amantadine atau rimantadine diberikan dalam tempoh 48 jam dari tempoh jangkitan dan perlu diambil selama tiga (3) hingga lima (5) hari. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mendapat sebarang rawatan.

(Visited 74 times, 4 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button