Politik

Suara Merdeka Terima Senarai 32 Nama Ahli Parlimen Tidak Hadir Bersidang!

Suara Merdeka menerima senarai nama 32 ahli Parlimen yang tidak hadir bersidang semalam sekali gus menyebabkan undian yang menyokong usul yang dibawa oleh Kerajaan gagal diluluskan.

Mengejutkan hampir kesemua ahli parlimen daripada pelbagai parti baik BN, PAS, PKR dan PH telah menunjukkan contoh yang dipertikai oleh para pengundi.

Berikut adalah senarai nama 32 ahli Parlimen yang Suara Merdeka terima secara eksklusif jam 4.30 petang tadi:

1. Sembrong (Luar Negara) – Datuk Seri Hishammuddin Hussein
2. Santubong – Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
3. Tanah Merah (Umrah) – Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
4. Kuala Pilah – Datuk Eddin Syazlee Shith
5. Ayer Hitam (Luar Negara) – Datuk Seri Wee Ka Siong
6. Tapah – Datuk Seri M Saravanan
7. Kota Marudu – Datuk Seri Maximus Ongkili
8. Bandar Tun Razak – Datuk Kamarudin Jaffar
9. Nibong Tebal – Datuk Dr. Mansor Othman
10. Keningau – Datuk Seri Jeffry Kitingan
11. Rompin – Datuk Seri Hasan Arifin
12. Bukit Gantang – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
13. Pekan – Datuk Seri Najib Razak
14. Marang – Tan Sri Abdul Hadi Awang
15. Pagoh – Tan Sri Muhyiddin Yassin
16. Putrajaya – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
17. Kuala Nerus – Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
18. Kinabatangan – Datuk Seri Bung Moktar Radin
19. Batang Lupar – Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim
20. Pasir Mas – Ahmad Fadhli Shaari
21. Lahad Datu – Datuk Mohamaddin Ketapi
22. Gombak (Masuk Dewan Lewat) – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
23. Padang Besar (Masuk Dewan Lewat) – Datuk Zahidi Zainul Abidin
24. Pontian – Datuk Seri Ahmad Maslan
25. Bagan Datuk – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
26. Tasek Gelugor – Datuk Shabudin Yahaya
27. Pasir Puteh – Nik Muhammad Zawawi Salleh
28. Ketereh (Masuk Dewan Lewat) – Tan Sri Annuar Musa
29. Lenggong – Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah
30. Bintulu – Datuk Seri Tiong King Sing
32. Alor Gajah – Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

Sebelum ini, usul dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu tidak diluluskan setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun pula ketika mengumumkan keputusan undi itu berkata seramai 50 Ahli Parlimen tidak hadir.

Persoalannya, siapa lagi 18 nama yang belum didedahkan ini? Apa pendapat anda tentang senarai 32 nama yang Suara Merdeka terima ini? Tinggalkan komen anda di Facebook Page Suara Merdeka!

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button