Kemalangan

Produk herba Andro G pengganti ubat tahan sakit

Pengeluar produk makanan kesihatan tempatan jenama DXN memperkenalkan suplemen berasaskan herba yang membantu melegakan penyakit secara semula jadi tanpa ubat-ubatan kimia.

Suplemen berasaskan bahan tumbuhan tempatan iaitu hempedu bumi atau diberi nama Andro G ini mampu untuk meningkatkan kesihatan terutamanya mengurangkan kepanasan dalam badan, sakit tekak, batuk dan keradangan.

Menurut Pengasasnya, Datuk Dr Lim Siow Jin, sebelum mengeluarkan Andro G, pelbagai kajian dan penyelidikan telah dijalankan untuk memastikan kualitinya.

Pengasasnya, Datuk Dr Lim Siow Jin.

Malah herba ini diperolehi menerusi DXN Pharmaceutical Sdn Bhd sendiri yang mempunyai ladang di Kedah.

“Andrographis paniculata atau hempedu bumi amat dikenali dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional.

“Oleh itu, ia dipilih untuk dirumus sebagai salah satu suplemen kesihatan dan pemakanan DXN.

‘’Andro G adalah suplemen kesihatan dan pemakanan dalam bentuk kapsul. Seperti yang ramai orang tahu hempedu bumi terkenal dengan kepahitannya, oleh itu serbuk Andro G yang dikapsulkan telah mengurangkan rasa pahit semasa pengambilannya,” ujarnya.

Rata-rata ramai yang memberikan maklum balas positif tentang kebaikan Andro G ini, seperti dua orang testimoni daripada warga emas yang sudah melangkau 60 lebih tahun ini berkongsi tentang penggunaannya.

Fadzilah Zakaria, 67, berkongsi selepas mengamalkan Andro G, badan berasa lebih sihat malah masih boleh memandu walaupun perjalanan jauh.

Fadzilah Zakaria, 67, berkongsi selepas mengamalkan Andro G

“Selepas saya mengunakan produk ini, badan terasa ringan, pernah ada suatu ketika saya terkena Vertigo, cepat-cepat saya makan Andro G, Alhamdulilah keadaan cepat baik malah darah tinggi saya juga cepat turun, ia seperti pain killer yang berkhasiat,” katanya.

Bagi

Kesihatan Tajudin Awang, 70, semakin baik

yang sudah mengamalkan Andro G sejak 25 tahun lalu, sebelum ini beliau pernah mengalami sakit gout, kecing manis dan resdung yang teruk, selepas mengamalkannya kini beransur pulih.

 

‘’Dulu saya ada masalah kecing manis, resdung dan gout, Alhamdulilah Andro G banyak membantu.

‘’Andro G ini fungsi utamanya adalah untuk membuang panas badan dan menyejukkan tubuh badan kita serta pada masa sama ia bagus untuk mereka yang masalah migrain, selesema, batuk dan untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh.

‘’Cukup ambil 2 kapsul sahaja sudah baik, ia boleh dianggap sebagai pain killer kerana membantu meredakan kesakitan, ia tiada bahan kimia.’’ Jelasnya.

Andro G ini dikeluarkan pada 1997, produk ini diluluskan oleh NPRA (MAL 19973096T) dan mendapat kelulusan MAB (Lembaga Iklan Ubat).

Untuk maklumat DXN mula ditubuhkan pada tahun 1993 memasarkan pelbagai produk makanan kesihatan daripada herba berkualiti tinggi.

DXN telah mengeluarkan lebih 300 produk

Andro G antara produk yang mendapat sambutan tinggi sekali gus menyumbang sebanyak 4.04 peratus daripada 1 bilion jumlah jualan keseluruhan produk DXN dari Julai 2022 sehingga Jun 2023.

Selain Andro G, DXN telah mengeluarkan lebih 300 produk antaranya Kopi Lingzhi, Mengkudu Kapsul dan Jus, Jus Roselle, Reishi Gano Kapsul (RG), Ganocelium Kapsul (GL) serta produk penjagaan wajah.

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button