Nasional

32 penagih dadah termasuk empat wanita ditahan

POLIS menahan 32 individu termasuk empat wanita kerana terlibat dalam penyalah gunaan dadah dalam serbuan di kawasan flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Petaling Jaya, semalam.

Difahamkan, operasi dijalankan di bermula pukul 9.30 malam hingga 6 pagi di PPR Putra Damai, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner NIk Ezanee Mohd. Faisal berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Kita turut merampas pelbagai jenis dadah seperti heroin (505.42 gram), syabu (41.14 gram), ganja (2.8 gram) dan kesemuanya dadah tersebut dianggarkan bernilai RM21,949.

“Dua suspek yang ditahan adalah dalam proses untuk Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 manakala dua lagi dalam proses siasatan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 6, 12(2), 15(1)(a), 39A(1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button