Jenayah

Terima suapan RM85,000, SPRM tahan bekas Ketua Penolong Setiausaha kementerian

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah bagi satu tender kementerian berjumlah RM118 juta.

Majistret Syah Wira Abdul Halim telah membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini (6 Okt.2020) selepas SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 42 tahun itu telah ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber, suspek disyaki terlibat dalam penyelewengan proses pemberian tender projek pembekalan baja dan menerima suapan kira-kira RM85,000 daripada syarikat pembekal berkaitan.

 


 

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button