Ekonomi

Meraikan Komuniti di Zurich Malaysia Karnival Kita OK!

Zurich Malaysia (Zurich) dengan besar hatinya melabuhkan tirai Karnival Kita OK! yang diadakan di Pasar Seni dari  22 hingga 24 September lalu, sebagai sebahagian daripada pelancaran kempen ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’.

Karnival tersebut menggambarkan semangat Malaysia dalam meraikan komuniti, kreativiti, serta perubahan positif, dan disertai lebih daripada 36,000 pengunjung selama tiga  hari.

Ketua Pemasaran Jenama dan Komunikasi Zurich Malaysia, Erin Hwang berkata, Karnival Kita OK! merupakan inisiatif pertama yang signifikan dalam meraikan kempen ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’. Peluang menganjurkan karnival ini di salah satu mercu tanda ikonik di Malaysia adalah satu penghormatan besar, dan kami berterima kasih kepada semua yang turut sama menyertai kemeriahan, hiburan, dan aktiviti bermakna.

Menghulurkan sokongan dan sumbangan kepada masyarakat Karnival Kita OK! menghimpunkan pelbagai vendor tempatan yang menawarkan pilihan barangan koleksi peribadi, aksesori buatan tangan, pakaian, serta snek, dan kudapan.

Zurich Malaysia berikrar  untuk mendermakan semua yuran sewa vendor yang dikumpulkan untuk sumbangan komuniti yang bermakna – jumlah sumbangan keseluruhan adalah sebanyak RM25,250.

Zurich Malaysia juga bekerjasama dengan Sunway Home Healthcare untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma buat pengunjung Karnival Kita OK!. Sekitar 100 pengunjung memperolehi manfaat daripada pemeriksaan percuma tersebut yang meliputi bacaan tekanan darah, pemantauan glukosa dan penilaian Indeks Jisim Badan (BMI) yang diselia oleh jururawat daripada pasukan Sunway Home Healthcare.

Sepanjang hujung minggu lalu, terdapat beberapa bengkel menarik dan bermanfaat yang mencatatkan 116 pendaftaran, termasuk fotografi, kewangan peribadi, pembuatan minuman daripada campuran tumbuhan, pembangunan kerjaya, dan lukisan batik.

Zurich Malaysia juga mengetengahkan proposisi nilai inovatif dan sentrik pelanggan mereka dengan  memperkenalkan penyelesaian pelanggan yang dipacu oleh teknologi.

Pengunjung Karnival Kita OK! turut berpeluang mencuba inisiatif perintis dalam kemajuan teknologi kesihatan melalui Binah.ai iaitu pengesan kesihatan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengukur data kesihatan dalam masa nyata melalui kamera pada peranti. Lebih 400 peserta memperoleh manfaat daripada ujian kesihatan berteknologi terkini ini.

Bukan itu sahaja, sejajar dengan komitmen Zurich Malaysia terhadap masa depan yang lebih hijau, pengunjung juga berpeluang menyertai Bengkel “Plant Mixology” oleh Eats, Shoots and Roots, manakala dedikasi Zurich Malaysia terhadap usaha pemuliharaan pula tertumpu pada Sesi Perkongsian Pengalaman dan Fotografi Zurich Cares yang menampilkan Tropical Rainforest Conservation & Research Center (TRCRC), sekali gus menekankan komitmen mereka dalam melindungi spesies pokok terancam di Merisuli, Sabah.

Di samping itu, Perancang Kewangan Bertauliah, Suraya Zainudin, berkongsi kepakaran dan panduan mengenai kesejahteraan kewangan, manakala bengkel pembangunan kerjaya, “Bina Rangkaian Sosial seperti Pakar,” yang dihoskan oleh Natalie Kniese, memberikan pandangan berharga tentang pembangunan profesional, penulisan resume, dan persediaan menghadapi temu duga untuk membantu pencari kerja dalam pertumbuhan kerjaya mereka. – SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button