Nasional

COVID-19: Keluarga ‘tiktok’ kini sembuh

Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam ini.

Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto keluarga mereka dengan keterangan “Finally COVID free!!”

Sebelum itu, beliau memuat naik sebuah video TikTok yang menyaksikan mereka sekeluarga menukar  pakaian hospital kepada pakaian biasa.

“Okay so kita orang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya.

Perkongsian gadis itu dihujani rasa gembira dan syukur para netizen yang mendoakan keluarga itu diberi kesihatan baik berpanjangan.

Sementara itu, dalam perbualan dengan Bernama di Twitter, Erika Syamim berkata mereka disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami,” katanya.

Erika Syamim dan empat adiknya yang berusia antara 8 dan 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok mereka yang sedang dikuarantin di hospital.

Dalam pada itu, katanya, keluarga mereka kini dalam proses mencuci dan nyah kumah kediaman mereka.

“Sekarang kami luangkan masa sebagai keluarga yang sihat  di rumah. Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini,” jelasnya.

Erika Syamim berkata selepas tamat kuarantin 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas dan mereka boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga. – BERNAMA

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button