Nasionalpilihan

Terima rasuah: Dua pegawai SPRM dituduh hari ini

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menuduh dua pegawainya atas kesalahan memperoleh suapan berbentuk wang tunai di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, hari ini.

SPRM dalam kenyataannya berkata, tertuduh pertama, Amir Izham Shahak, 32, yang merupakan Penolong Penguasa SPRM mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan keputusan kes akan disebut pada 24 November ini dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta pasportnya diserah kepada mahkamah.

Sementara itu, tertuduh kedua, Wan Kamarul Za’im Wan Mansor, 34, yang merupakan Penguasa SPRM pula mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan utama iaitu Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan pertuduhan pilihan iaitu Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserah kepada mahkamah dan menetapkan 24 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Suhaili Sapun.-SM

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button