Nasional

Ismail Sabri berharap kerajaan baharu yang stabil

BEKAS perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada penggantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai perdana menteri ke-10 hari ini.

Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri turut melahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia dan penjawat awam yang telah bekerja keras di bawah pentadbiran persekutuan Keluarga Malaysia beliau.

Ahli parlimen Bera itu berkata, beliau berharap kerajaan baharu di bawah pimpinan Anwar dapat mengekalkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Terima kasih kepada semua ahli Keluarga Malaysia dan penjawat awam terutamanya petugas barisan hadapan yang bersama saya selama ini.

“Saya amat menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh Keluarga Malaysia, membantu saya dalam pentadbiran dalam menghadapi cabaran dan memastikan Malaysia akan terus berada di landasan pemulihan dari segi kesihatan, politik dan ekonomi.

“Saya berdoa kerajaan baharu akan dapat mengekalkan kestabilan politik dan kelestarian ekonomi negara,” katanya.

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button