Nasional

COVID-19: Pusat kuarantin bersedia terima 132 pelajar tahfiz

Institut Sosial Malaysia (ISM) yang merupakan sebuah Institut Latihan Awam di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diwartakan pada 21 Mac sebagai salah satu Pusat Kuarantin bagi operasi menangani wabak Covid-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarkat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, semenjak itu, persiapan telah dimulakan untuk menerima kumpulan pertama pelajar yang meliputi aspek penyediaan tempat tinggal, keperluan makan minum, keselamatan, mekanisme saringan dan penetapan petugas dari pelbagai agensi.

“Pada hari ini, ISM telah siap sedia untuk menerima kumpulan pelajar pertama seramai 132 orang yang terdiri daripada para pelajar tahfiz dari Masjid Sri Petaling,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan ini, jelas beliau, melibatkan pelajar berumur di antara 15 hingga 30 tahun telah melalui proses saringan (screening) awal dan perlu diasingkan serta dipantau tahap kesihatan mereka untuk satu tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kumpulan pertama pelajar ini dijangka tiba pada tengah hari ini. Seramai 80 orang petugas daripada pelbagai agensi telah dikenal pasti untuk ditempatkan di stesen ini termasuk 25 orang petugas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ISM.

“Mereka akan ditugaskan secara bergilir mengikut jadual bersama-sama dengan para petugas lain daripada APM, KKM, PDRM, PGA, Bomba, RELA dan RADICARE,” katanya.

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button