Politik

Terima kasih hidupkan kembali Jasa – Tun Faizal

BEKAS pengarah bahagian komunikasi strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz berterima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional yang menghidupkan kembali jabatan tersebut.

Menurut Tun Faizal, Jasa ditutup ketika pentabiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga menyebabkan 800 kakitangan kontrak jabatan tersebut kehilangan pekerjaan.

Jelas beliau, Jasa menjadi mangsa ketika pentadbiran PH kerana jabatan tersebut paling terkehadapan dalam ‘memerangi’ propaganda PH ketika Pilihan Raya Umum ke-14.

“Apabila secara tiba-tiba Jasa diserang oleh geng-gang PH, kita tahu Jasa sangat efektif dalam memerangi Pakatan.

“Jasa memerangi ideologi cauvinistik PH dan tindakan-tindakan mereka yg bertentangan dgn Perlembagaan. Jasa sangat hampir dengan rakyat akar umbi,” kata Tun Faizal di Twitternya.

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam, kerajaan PN kembali menghidupkan JASA dengan peruntukan RM85.5 juta.

Berdasarkan anggaran perbelanjaan Persekutuan, terdapat dua peruntukan untuk jabatan berkenaan di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Jumlah kedua-duanya, iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan 185 peratus daripada RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN di bawah Belanjawan 2018.

Penubuhan semula Jasa mendapat kritikan ahli Parlimen pembangkang. Antaranya termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mempersoalkan kenapa jabatan berkenaan memperoleh peruntukan yang sangat besar berbanding keperluan-keperluan lain.

“Dahulu bawah BN (Barisan Nasional) pun (dapat) RM30 juta. Malangnya, peruntukan baik pulih sekolah daif dikurangkan ke RM58 juta.

“Peruntukan kesihatan mental hanya RM24 juta,” kata beliau dalam ciapan di akaun Twitter peribadinya.

Jasa ditutup pada 15 Oktober 2018 beberapa bulan selepas Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

Kira-kira 800 kakitangan kontrak dibuang kerja manakala 300 penjawat awam diletakkan kembali di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk akhirnya di tukar ke jabatan kerajaan lain.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran lima badan kerajaan yang berbeza termasuk Jasa pada 23 Mei 2018, selepas mesyuarat kabinetnya yang pertama berikutan kemenangan PH.

JSA, sebuah unit di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sebelum ini dituduh sebagai unit propaganda yang digunakan untuk menyerang pemimpin pembangkang.-SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button