Nasional

Cadangan Belanjawan 2021 buat PM, Menteri Kewangan

MENJELANG pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat nanti, semua pihak sedia maklum akan situasi ekonomi negara yang berada pada tahap tidak memberangsangkan.

Sejak awal tahun ini, negara dilanda wabak Covid-19 dan sehingga ke hari ini, penularan pandemik itu terus membelenggu rakyat Malaysia.

Namun begitu kerajaan tidak boleh dihalang daripada membentang bajet kerana ini adalah peruntukan rakyat selain memacu ekonomi negara untuk tahun berikutnya.

Ketua Pergerakan Wira PUTRA, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, melihat keadaan semasa, Wira Putra terpanggil untuk memberi beberapa cadangan dengan mengambil kira perkara yang menyentuh soal realiti kesempitan dan kesusahan rakyat ketika ini.

Berikut, kata Nasrul Ali Hassan, beberapa cadangan yang boleh diambil kira oleh kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021:

  1. Potongan SEPARUH DARIPADA GAJI Perdana Menteri ,Timbalan Perdana Mentei, Menteri dan Timbalan Menteri, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  2. Potongan sebanyak 25% daripada Gaji dan Elaun Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
  3. Potongan Gaji sebanyak 30% bagi semua ahli lembaga pengarah GLC-GLC dan Pengurus – Pengurus Eksekutif Badan-badan Berkanun.
  4. Dalam keadaan serba sempit ini, disarankan semua Menteri dihadkan kepada HANYA satu jawatan Pegawai Khas sahaja. Ini kerana ada sesetengah Menteri mempunyai lebih daripada seorang pegawai khas dan gaji serta elaun mereka ditampung oleh kerajaan. Ini adalah satu pembaziran yang boleh dielakkan.
  5. Jika kerajaan tidak mahu membenarkan pengeluaran KWSP kerana risau akan masa depan rakyat, kerajaan boleh memberi bantuan BSH B40 dengan menaikan jumlah bantuan sebanyak RM 3,000 kepada penerima BSH. Dengan cara ini, bantuan dapat diberikan secara bersasar.
  6. Pemberian Elaun pengangguran berjumlah RM500 sebulan kepada siswazah-siswazah yang telah tamat pengajian perlu disalurkan kepada mereka setiap bulan selagi mana ada ancaman Covid-19.
  7. Memperkasa gerakkan koperasi menyatukan dan mendagangkan hasil IKS terutama yang masih baharu untuk berada dalam pasaran.
  8. Mewujudkan peluang pekerjaan luar bandar dengan memberi tanah-tanah terbiar di luar bandar kepada kumpulan graduan dan anak-anak muda bagi diusahakan oleh mereka. Ini sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan food security iaitu hasil dan produk keperluan asas.
  9. Permudahcara dan kurangkan birokrasi kepada usahawan atau peniaga yang baharu mula berniaga bagi menjana pendapatan dalam mendapatkan ruang dengan sewaan yang bersesuaian dan kelulusan lesen bertempoh.
  10. Galakan dan menaja yuran kursus jangka pendek bidang TVET dan juga program “reskilling” bagi mereka yang dibuang kerja akibat Covid-19. Di samping itu dapat membantu ekonomi pusat pendidikan dan latihan swasta serta agensi dan mempertingkatkan kemahiran kerja dan “Soft skill” bagi graduan-graduan serta orang awam yang menyertai bidang pendawaian, automotif, jahitan, percetakan digital dan pelbagai lagi.
  11. Pengecualian cukai bagi syarikat yang menceburi bidang iR 4.0 selama dua tahun bagi menggalakkan pembangunan bidang digital dengan lebih cekap dalam semua sektor.
  12. Kepentingan rakyat haruslah terus kekal sejahtera dan di beri keutamaan pada ketika ini. Memberi bantuan kewangan one-off adalah satu inisiatif yang baik. Jika terus diberikan bantuan sebegini, ia akan terus melemahkan rakyat.

    Oleh itu Wira PUTRA ujar Nasrul Ali Hassan, mohon kerajaan pertimbangkan cadangan di atas yang boleh diumpamakan memberi pancing dan mata kail, pada masa yang sama memberi panduan cara-cara mengendalikan pancing sebaiknya agar mengurangkan risiko kegagalan dan melemahkan semangat rakyat.

“WIRA PUTRA berharap agar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dapat mengambil cadagan ini secara serius agar rakyat dapat manfaat daripada cadangan penjimatan dan elaun khas yang telah dikemukakan.

“Penjimatan dan pengurusan kewangan secara berhemah dan tepat akan segera memulihkan ekonomi dan memberi cahaya kepada rakyat,” kata Nasrul Ali Hassan dalam kenyataannya hari ini. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button