Luar Negara

Tergamak buang ibu dijangkiti Covid-19

SEORANG lelaki di New Delhi, India, ditahan pihak berkuasa negara itu selepas tergamak membuang ibunya yang disahkan dijangkiti Koronavirus (Covid-19).

Lelaki berkenaan dilaporkan ditahan pihak polis di Kanpur, Uttar Pradesh selepas meninggalkan ibunya di tepi jalan dalam keadaan terbaring.

Insiden tersebut tular menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam media sosial sebelum dikesan pihak berkuasa.

Susulan kejadian tersebut, wanita malang berusia 80 tahun itu dibawa ke hospital oleh orang awam yang menyedarinya, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

India kini menghadapi krisis pandemik yang meruncing apabila varian baharu virus berkenaan menyebabkan peningkatan kes baharu sehingga 352,991 mangsa dalam tempoh 10 hari.

Hal demikian juga menjadikan India sebagai negara yang paling tinggi mencatatkan kes harian Covid-19 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 17.3 juta kes.

Keadaan itu menyebabkan fasiliti perubatan di India berada pada tahap maksimum dan memerlukan bantuan kecemasan daripada negara lain.

Setakat ini beberapa negara seperti Singapura, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat dan Perancis akan menghulur bantuan kepada India yang sedang menghadapi gelombang kedua penularan Covid-19.

Sebanyak lapan unit penjana oksigen perubatan dengan kemampuan bekalan secara berterusan kepada 250 katil akan dihantar oleh Perancis.

Selain itu, penyediaan untuk mengisi silinder oksigen juga akan disertakan meliputi lima bekas oksigen cair bagi menampung sehingga 10,000 pesakit sehari.

Jumlah kematian akibat Covid-19 di India kini melebihi 195,000 orang. – SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button