Politik

19 kerusi dalam genggaman, PH-BN Kedah yakin bentuk kerajaan negeri baharu

GABUNGAN Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berkeyakinan tinggi sudah memiliki 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tambahan tiga kerusi itu akan membolehkan PH-BN mendapat majoriti mudah, sekali gus dapat mempersembahkan calon Menteri Besar baharu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah.

“Saya masih berkeyakinan bahawa 16 kerusi sudah dalam genggaman kami, kita hanya nak mengejar tiga kerusi saja lagi, saya penuh yakin tiga kerusi itu sudah dicapai setakat ini.

Saya tak boleh sebut tiga kerusi itu di mana, itu rahsia dan kita tak mahu mengganggu kerana margin tiga kerusi itu kecil,” katanya dalam sidang media di Bangunan Tunku di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismai Salleh dan Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew.

Menurut Mahfuz, PH-BN dikira mendapat bonus jika gabungan itu memenangi lebih daripada 19 kerusi.

“Kita sedang usaha lonjak untuk dapat satu jumlah yang selesa, sebab kalau menang lebih daripada 19 kerusi, saya anggap itu satu bonus.

Kita tak perlu untuk kejar kepada satu jumlah yang sukar bagi kita untuk bergerak, jadi kita bergerak hanya untuk tiga kerusi kerana 16 kerusi sudah ada, majoriti mudah (19 kerusi) itu sudah ada,” katanya. – SM 

Artikel berkaitan > Wujud momentum sokongan kepada BN di Kedah

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button