Politik

Teresa Kok mahu rai kemenangan PH malam ini

KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama, Teresa Kok yakin calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini akan menang dalam Pilihan Kecil Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Bersandarkan keyakinan itu Teresa awal-awal lagi mengajak pengikut Facebook beliau untuk bersama-samanya merikan kemenangan Karmaine malam ini.

“PH akan menang! Mari merayakannya malam ini,” tulis Teresa dalam satu hantaran kira-kira pukul lapan pagi tadi.

Dalam hantaran itu Teresa turut berkongsi poster yang bertulis ‘Kekal merah! Tanjung Piai kita punya’.

Bagaimanapun keyakinan dan perasaan gembira Teresa itu tidak dirasai dan dikongsi oleh pengikut Facebook beliau. Ramai yang menulis komen-komen sinis terhadap Ahli Parlimen DAP itu.

“Bukan untuk anda putuskan siapa yang meraikannya, rakyat yang akan membuat pilihan mereka mahu meraikannnya dengan siapa,” kata VGiridharan Velagutham.

“YB saya rasa anda terlalu yakin,” tulis Wong Wong Wai.

“PH akan kalah, saya akan raikannya malam ini,” kata Low CK.

“Tiada apapun milik kita. Semua kepunyaan Tuhan. Tiada siapa yang boleh ramal siapa akan menang siapa akan kalah. Semoga yang terbaik untuk calon PH dan BN,” komen Edba Tham.

“PH akan meraikan kekalahan malam ini. Sila jelaskan selepas kekalahan besar PH malam ini. Terlalu ramai ‘besar kepala’ daam PH rakyat akan membuktikan kuasa mereka,” menurut Micheal Fernandez.

“Bagaimana PH boleh menang, apabila mereka tidak akan mendapat undi yang paling banyak. Sedarlah!” komen Sukhber Singh.

“Saya harap PH akan kalah,” tulis Yim Kam Hong.

“Kepada PH dan gang. Bersedialah untuk merasai kekalahan malam ini dan rakyat akan meraikannya,” komen Waran Sanmugam.-SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button