Rencah Hidup

Rizalman hentikan perniagaan sementara, mahu lindungi pekerja daripada Covid-19

PEREKA fesyen, Datuk Rizalman nekad untuk menutup sebarang operasi perniagaannya buat sementara waktu bagi mengekang penularan Covid-19.

Rizalman berkata, penutupan dan penyekatan operasi ini akan mengambil masa selama dua minggu atau sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Penjualan produk atas talian juga akan dihentikan buat sementara waktu bermula pukul 12 tengah malam hingga tempih yang diberitahu kelak.

“Penutupan dan penyekatan jualan ini adalah bertujuan untuk mengambil kira keselamatan pekerja kami dan membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Rizalman turut memberitahu yang tindakan yang diambil ini adalah demi kebaikan semua pihak.

“Biarlah kami yang laksanakan dahulu sebagai tanda sokongan untuk basmi gejala ini demi kebaikan semua,” katanya.

Dalam pada itu, ramai netizen yang memuji tindakan pantas yang diambil pereka fesyen dan usahawa tersebut.

Malah, ada yang menganggap keputusan untuk menyekat sementara operasi ekonomi dan tinggal di rumah adalah sesuatu tindakan yang amat bermakna buat petugas kesihatan dan seluruh petugas barisan hadapan. -SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button