Hiburan

Nonny Nadhirah tak jadi kahwin dengan Nizam Zaidi

MENJALIN percintaan sejak tahun lalu, pelakon, Nonny Nadirah mengumumkan yang perkahwinannya bersama Niezam Zaidi telah pun dibatalkan.

Pengumumkan itu dilakukan Nonny pada hari ulang tahun kelahiran bekas kekasihnya itu hari ini.

Menurut pelakon filem XX Ray 3 itu, pembatalan perkahwinan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Sekadar maklumah, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.

“Tolong diakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya. Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tetapi Allah itu sebaik-baik perancang.

“Kepada rakan media, saya tak dapat beri ulasan buat masa ini. Harap anda semua faham,” katanya.

Nonny turut memuat naik video detik indah ketika dia bersama dengan Niezam menjamu selera di sebuah restoran.

Dalam pada itu, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia itu turut membuat ucapan ulang tahun kelahiran kepada Niezam.

“Selamat ulang tahun kelahiran sahabat. Semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usia mu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.

“Semoga menjadi anak yangg baik dan bertemu jodoh dgn orang yang baik-baik.Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat,” katanya.

Niezam pada Julau lalu telah terbang ke Sabah untuk bertemu keluarga Nonny di Kota Kinabalu buat pertama kali.

Sementara itu, Niezam pula memohon doa supaya semoga semua urusan dipermudahkan. -SM

(Visited 1,003 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button