Politik

Teo Nie Ching macam mana?

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini bertanya bagaimana nasib Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching selepas Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya petang tadi.

“Timbalan dia terlepas?” katanya di Facebook

Sebelum itu, Najib menyuarakan simpati selepas terbaca kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang menggesa Kementerian Pendidikan bertanggungjawab atas isu kertas peperiksaan Universiti Malaysia Perlis, dan spekulasi rombakan kecil Kabinet beberapa jam sebelum sidang media petang tadi.

“Berita hari ini. ‘Uncle’ dah bersuara. Kesian Maszlee,” katanya.

Maszlee pada sidang media petang tadi mengumumkan peletakan jawatan menteri pendidikan berkuatkuasa esok, 3 Jan.

Beliau meletakkan jawatan atas nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee juga sempat membacakan pencapaian kementerian bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

“Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma,” katanya.

Teo Nie Ching turut hadir pada sidang media itu. Media tidak sempat mendapatkan komennya berhubung perkembangan ini.

(Visited 689 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button