BeritaPendidikan

Raja Permaisuri Agong dimasyhur sebagai Canselor UIAM

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Watikah pemasyhuran itu dibacakan dan dipersembahkan kepada baginda oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena dengan majlis konvokesyen ke-35 UIAM yang dijadualkan esok.

“Beta dengan ini mengisytiharkan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, sebagai Ketua Perlembagaan UIAM.

“Semoga Allah memberikan Seri Paduka Baginda segala kemudahan, keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Perkara 23 (1) Perlembagaan UIAM, ketua perlembagaan universiti hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button