Hiburan

Tahniah Mas Idayu, juri mengalahkan singa betina

PENYANYI lagu-lagu dangdut yang ‘diangkat’ menjadi juri pertandingan program realiti televisyen bermula di negara jiran dan kini dalam negara sendiri umpama singa betina yang mengundang rasa ngeri dan takut dalam kalangan penyanyi angkatan baharu Malaysia.

Terbawa-bawa dengan senario penjurian dari seberang, membahasakan dirinya sebagai Mummy, Mas Idayu yang berkahwin dengan penerbit stesyen penyiaran tempatan tahun lepas menunjukkan seolah-olah dirinya Ratu Dangdut Malaysia yang hebat dalam industri seni muzik tanah air.

Minggu lepas nama Mas Idayu naik mencanak dalam ranking senarai juri pertandingan program realtiti televisyen.

Tampil sebagai juri beraura singa betina, dia berjaya melaksanakan tugasnya sebagai juri pertandingan bersama komposer dan penerbit album, Ajai.

Kelantangan memberi kritikan oleh Mas Idayu sudah tentunya tidak dapat ditandingi oleh Ajai yang walaupun memberi kritikan atau komen pedas tetapi tidak sampai mengaibkan para peserta pertandingan.

Apa perlunya memberi kritikan atau komen dengan nada tinggi, menengking seolah-olah peserta adalah budak-budak kecil di sekolah muzik.

Memang adat pertandingan, ada juri, ada bagus, ada menang dan sebaliknya tetapi memberi komen dengan nada menengking, mengaibkan bukan sahaja Sissy Iman yang berpasangan dengan sepupunya Naim Daniel tetapi siapa sahaja yang kena dengan penyanyi lagu berjudul Cintaku 100 Persen ini.

Sehingga ke hari ini, insiden yang berlaku umpama tragedi hitam ke atas diri Sissy Iman masih diperkatakan. Dalam erti kata lain, masih menjadi buah mulut ramai.

Bahkan stesen radio memainkan semula sedutan dialog Mas Idayu yang jelas kedengaran menengking dan sekali gus, menjatuhkan maruah Sissy Iman.

Bukan mahu menyebelahi Sissy Iman tetapi dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu oleh Mas Idayu.

Apa salahnya cakap baik-baik dengan nada yang tidak perlu menengking kepada para peserta? Rasanya bukan kehendak stesen televisyen supaya Mas Idayu berkelakuan demikian.

Rasanya juga bukanlah Sissy Iman ini tidak boleh menerima teguran daripada juri sebaliknya yang diterima oleh Sissy Iman ialah TENGKINGAN. Kalau anak sendiri, bolehlah Mas Idayu berbuat demikian. Ini anak orang, bukan anak ayam!

Mas Idayu tidak perlu menjadi Simon Cowel sebagai juri yang disegani, bukan ditakuti tetapi dihormati kerana memberikan kritikan, komen dan panduan kepada para peserta agar dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

Kalau setakat jadi penyanyi yang album tidak pernah meletup jualannya, tidak perlulah nak menengking atau meninggi suara dalam memberikan komen kepada para peserta.

Sissy Iman pula, move on. Ada mini album yang mahu dilancarkan, nak adakan sidang media, buat sahaja. Anggaplah apa yang telah terjadi minggu selepas sebagai satu hikmah dan jangan menjadi artis yang berhati tisu. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button