NasionalpilihanSukan

Kemenangan Molano peringkat kedua LTdL dibatalkan!

SHAH ALAM: Kemenangan pelumba UAE Team Emirates, Juan Sebastian Molano pada peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari Kuala Klawang ke Raub semalam dibatalkan.

Menurut kenyataan dalam laman Twitter rasmi LTdL, gelaran pelumba Colombia itu ditarik balik susulan didapati melakukan kesalahan pecutan yang ‘tidak teratur’ ketika menghampiri 300 meter garisan penamat di Dataran Raub, Pahang, semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan juara peringkat kedua meliputi jarak 178.9 kilometer itu menjadi milik pelumba ARA Pro Racing Sunshine Coast, Craig Wiggins sementara Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) di tempat kedua manakala Jakub Mareczko (Alpecin-Deceuninck) tempat ketiga.

“Juan Sebastian Molano dibatalkan kemenangan kerana melakukan pecutan yang tidak mengikut laluan sepatutnya.

“Pemenang Peringkat 2 ialah Craig Wiggins dari Australia (ARA Sunshine Coast),” menurut kenyataan itu.
Molano jatuh ke kedudukan ke-109 bagi perlumbaan peringkat kedua bersama-sama kumpulan pelumba terakhir yang tiba di garisan penamat.

Namun, pelumba berusia 27 tahun itu dibenarkan meneruskan perlumbaan seperti biasa selepas namanya turut berada dalam senarai perlumbaan peringkat ketiga dari Putrajaya ke Genting Highlands, hari ini. – BERNAMA

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button