Ekonomi

Banci Ekonomi 2023 adalah satu pelaburan – Rafizi Ramli

Banci ekonomi 2023 merupakan satu pelaburan apabila pelbagai maklumat di peringkat pertubuhan akan dikumpulkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berpendapat, apabila data-data tersebut digabung-jalinkan dengan data-data yang lain, banyak manfaat akan diperoleh.

“Sekiranya kesemua data tersedia di peringkat granularm ia akan dapat mewujudkan ‘data raya’ yang lebih komprehensif dan membantu Kerajaan membuat keputusan yang tepat.

“Lebih-lebih lagi, data membantu kita membuat perancangan yang menggunakan pendekatan strategik yang dapat mengoptimakan sumber-sumber terhad,” katanya.

Rafizi berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Banci Ekonomi 2023 yang berlangsung di Sasana Kijang, Bank Negara, Kuala Lumpur.

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button