fbpx
Politik

Tengku Zafrul tetap kuarantin walau keputusan negatif

INISIATIF kuarantin kendiri walaupun keputusan ujian saringan Koronavirus (Covid-19) adalah satu tindakan yang wajar dilakukan bagi mengelak penularan pandemik itu.

Itulah tindakan yang diambil oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memutuskan untuk terus mengkuarantin diri selama 14 hari.

Beliau sebelum ini dikhuatiri dijangkiti Covid-19 susulan hadir dalam mesyuarat Kabinet bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri semalam.

“Pagi ini saya telah menerima keputusan ujian saringan Covid-19. Alhamdulillah, keputusannya negatif.

“Namun, saya akan terus berada di rumah menjalani pemantauan kesihatan kendiri.


“Tugasan dan komitmen kerja juga akan diteruskan dari rumah. Terima kasih semua atas doa dan ucapan selamat.”

Demikian kata Tengku Zafrul dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan akan melakukan pemantauan sendiri di rumah selama 14 hari seperti yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Pemantauan sendiri itu dilakukan selepas menjalani ujian saringan Covid-19 susulan hadir mesyuarat bersama Zulkfli di Putra Perdana kelmarin.

Semalam Zulkfili disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan selepas pulang dari Sabah pada 24 September lalu.

Selain Zulkfli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Nor Hayati Bachok turut disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah pada 26 September.

Nor Hayati dalam satu kenyataan memaklumkan hanya dikesan positif selepas menjalani ujian saringan kedua pada 4 Oktober lalu. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button