Nasional

RM30 tak habis lagi belanja, balas netizen kepada Guan Eng

NETIZEN selain meminta bekas menteri kewangan Lim Guan Eng supaya diam, mereka turut menyindir bantuan RM30 diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Puncanya apabila Guan Eng mengeluarkan kenyataan apabila kerajaan tidak menyambung moratorium pembayaran pinjaman bank yang berakhir bulan hadapan.

Ada netizen yang mengungkit kembali pemberian bantuan RM30 kepada rakyat yang diberikan oleh kerajaan PH berbanding kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja memberi saguhati RM50 melalui e-Wallet, tetapi juga bantuan lain yang bernilai berbilion ringgit di bawah pakej Penjana bagi merangsang ekonomi untuk jangka pendek ekoran pandemik Covid-19.

Keputusan kerajaan untuk tidak menyambung moratorium lebih kepada mengelak kesan yang buruk kepada perbankan yang menjadi tonggak kewangan serta ekonomi negara. – SM

 

(Visited 810 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button