Politik

Tengku Razaleigh Hamzah dilantik penasihat UMNO

BENARKAH veteran UMNO,dilantik sebagai penasihat kepada parti itu Menurut sumber, seorang Ketua Bahagian yang enggan namanya disiarkan berkata, pelantikan Tengku Razaleigh atau lebih popular dengan panggilan Ku Li dibuat pada mesyuarat pucuk pimpinan UMNO.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

DifahamkanPresiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Ghani menghadiri mesyuarat itu awal hari ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Ku Li yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974, ketika kawasan itu dikenali sebagai Ulu Kelantan, sebelum gagal mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Azizi Abu Naim dengan 163 undi.

Tahun lepas, Ku Li berkata, beliau akan meninggalkan dunia politik selepas PRU15. – SUMBER FMT – SM

BACA Annuar Musa bukti ketaatan beliau kepada UMNO

BACA Tengku Razaleigh layak menasihati, memperbaiki kerosakan dalam UMNO

 

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button