Bola SepakSukan

Kelab EPL berperang gara-gara lima pemain gantian

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) berperang gara-gara peraturan baharu yang bakal diperkenalkan bagi membawa masuk lebih banyak pemain di bangku simpanan, musim depan.
Manchester United dan Manchester City di samping Liverpool, Chelsea serta Arsenal menjadi sebahagian kumpulan dalam carta liga memohon agar membenarkan lima peman gantian diguna pakai.
Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) telah memberikan pilihan kepada liga bola sepak bagi meletakkan peraturan untuk meningkatkan jumlah kepada lima pemain gantian untuk musim baru ini, dengan Liga Perdana Scotland memilih mengekalkan peraturan tersebut.
Namun, EPL berdepan tentangan apabila beberapa kelab termasuk pendatang baharu, West Brom, Leeds dan Fulham mengundi 13-7, pada bulan lalu, bagi mengekalkan bilangan asal pemain gantian.
Ramai yang percaya peraturan lima pemain gantian tidak adil kerana ia hanya memberi manfaat kepada kelab-kelab kaya dengan skuad yang besar.
Bagaimanapun, isu itu kembali berada dalam agenda Liga Perdana yang diadakan menerusi persidangan video, hari ini, setelah kelab-kelab yang berada dalam kelompok atas yang kurang berpuas hati akhirnya mendapat sokongan yang cukup untuk mengekalkan lima pemain gantian.
Sekarang Peraturan 27 boleh dipinda dengan beberapa pasukan menyokong kumpulan majoriti yang menentang keputusan itu beberapa minggu lalu mengubah pendirian mereka.
Langkah tersebut telah membangkitkan kemarahan segelintir pihak yang berpendapat keputusan itu hanya memberi kelebihan kepada kelab utama yang memiliki skuad besar dan bangku simpanan yang dipenuhi pemain berbakat memiliki kelebihan mencatat kemenangan pada lewat permainan.
Bos-bos EPL memperkenalkan peraturan lima pemain gantian ekoran tambahan bilangan perlawanan bermula dari 18 hingga 20 Jun untuk meredakan kepadatan jadual selepas berehat selama tiga bulan kerana wabak coronavirus.
Jika ada berlaku perubahan pada undian asal, maka beberapa peraturan baharu bakal diperkenalkan menjelang kempen Liga Perdana bagi musim 2020/21.
Di samping undian pemain gantian, kelab-kelab juga telah mengesahkan pelaksanaan VAR seiring dengan protokol FIFA dan ini bermakna pengadil perlawanan digalakkan menggunakan monitor di tepi padang bagi membuat keputusan muktamad.
Pengadil juga akan menghukum penjaga gol jika kaki mereka berada melepasi garisan gol sewaktu penalti diambil dengan ulangan sepakan akan dikenakan. – The Sun UK – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button