Nasional

Ragut: Dua lelaki dan seorang wanita ditahan

DUA lelaki dan seorang wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes ragut seorang wanita pada 16 Julai lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur oleh sepasukan polis dari Jabatan Sasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

Ketua Polisnya, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan pertama telah berjaya menahan dua orang lelaki berusia 20 dan 21 tahun.

Barangan yang dirampas di rumah suspek ketika ditahan dipercayai hasil kegiatan ragut. – Gambar ihsan IPK Kuala Lumpur

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dengan beberapa jenayah ragut di sekitar Cheras dan Kajang.

“Suspek turut membawa polis ke sebuah rumah dan menunjukkan baju yang digunanya semasa melakukan ragut dan simpanan barang hasil aktiviti jenayah itu,” katanya.

BACA> Peratus penduduk Kampung Bharu setuju: Khalid Samad tipu?

Menurut Mazlan, soal siasat terhadap suspek membawa ke sat lagi serbuan di sebuah rumah di bangunan sama dan telah manahan seorang wanita berusia 35 tahun.

Jelasnya, suspek mengaku telah melakukan jenayah ragut bersama beberapa lagi rakan-rakannya yang masih bebas.

“Suspek juga mengaku terlibat dengan tiga kes ragut di sekitar ibu negara dan enam kes di Selangor.

Baju yang digunakan suspek untuk kegiatan jenayah ragut pada 16 Julai lalu. – Gambar ihsan IPK Kuala Lumpur.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati mereka berada dalam senarai dikehendaki di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Mazlan memberitahu, selain tangkapan tiga suspek, pihaknya turut merampas barangan hasil ragut antaranya telefon bimbit (14 buah), jam tangan (8), kamera (2) dan beg tangan (7).

BACA> Conteng mural: MB Selangor nafi ada agenda politik

Tambahnya, kesemua suspek telah ditahan reman sehingga hari ini untuk siasatan lanjut. -SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button