AgamaNasional

KDN tarik balik rayuan kalimah Allah kerana arahan bercanggah

Keputusan Jemaah Menteri bercanggah

RAYUAN terhadap keputusan mahkamah bagi kes kalimah Allah tidak diteruskan kerana keputusan kes itu berdasarkan percanggahan di antara arahan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) 1986 dan keputusan Jemaah Menteri tahun sama, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Menteri dalam negeri itu mengingatkan semua pihak bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu berkaitan rampasan bahan penerbitan, bukan dari sudut ketuhanan.

“Keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan permohonan rayuan tersebut dibuat mengikut ‘case-by-case basis’ tanpa menjejaskan fakta bagi setiap satu kes yang sedang dalam tindakan mahkamah,” katanya.

Kenyataan ini menjelaskan niat kerajaan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengenai hak seorang penganut Kristian dari Sarawak menggunakan kalimah Allah bagi tujuan pembelajaran agamanya.

Jabatan Peguam Negara (JPN) yang mewakili Kementerian Dalam Negeri memaklumkan keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021 memutuskan bahawa Jill Ireland boleh menggunakan kalimah Allah dalam pembelajaran agamanya.

Hakim ketika itu, Nor Bee Ariffin berkata, arahan KDN pada 5 Disember 1986 yang melarang penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah sebagai tidak konsisten dengan keputusan dasar Jemaah Menteri tahun sama.

Susulan kepada tidak meneruskan rayuan, Saifuddin berkata, KDN akan mengkaji dan mengemaskini arahan “yang lebih menyeluruh” bagi menangani isu penggunaan kalimah-kalimah tersebut.

“Agar selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat berbilang kaum dan agama serta penyeliaan dan kawalan yang lebih berkesan terhadap bahan-bahan penerbitan yang menyalahi peruntukan perundangan yang berkuatkuasa,” katanya.

Tegasnya, KDN komited dalam urusan mempertahankan dan melindungi kepentingan Islam khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah selaras Perlembagaan. – SM

BACA Penggunaan kalimah Allah hanya terpakai di Sarawak

BACA Kalimah Allah: KDN buat keputusan tak teruskan rayuan

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button