Nasionalpilihan

Tempoh perbaharui lesen dilanjut hingga 31 Disember depan

TEMPOH untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember ini.

“Walau bagaimanapun, pemilik LKM yang tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah. Sijil Perlindungan Insurans (e-cover note) yang sah perlu dipaparkan dan ditunjukkan bagi tujuan pemeriksaan.

“Dengan pengoperasian semula kaunter ini, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, hari ini.

Menurut Ka Siong, pihaknya juga mengambil inisiatif terhadap keperluan orang ramai menerusi pengoperasian semula kaunter JPJ di seluruh negara dan juga rakan strategik JPJ iaitu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi semua urusan dengan kapasiti 100 peratus secara walk-in mulai 6 September ini.

“Pelanggan yang mahu berurusan di kaunter JPJ mesti mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan serta keselamatan orang ramai termasuk kakitangan bertugas.

“Pada masa sama, individu yang hadir juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera,” jelasnya. -SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button