Ekonomi

Perjalanan selamat pada musim cuti: Qoala Malaysia lancarkan Jualan Akhir Tahun 12.12

Syarikat InsurTech (teknologi insurans) berbilang saluran terkemuka di Asia Tenggara, Qoala Malaysia (Qoala), hari ini mengumumkan penyertaannya dalam jualan hebat akhir tahun 12.12 dengan menawarkan diskaun 12 peratus bagi insurans kereta kepada pelanggan mereka.

Dengan Qoala, pelanggan dijamin menerima harga terendah, sebut harga serta-merta, dan keupayaan untuk membandingkan produk bagi insurans kenderaan.

Rakan-rakan kerjasama dan penanggung insurans di platform Qoala seperti AXA Insurance, TuneProtect, Trapo, dan Pomen juga turut serta menawarkan potongan sepanjang tempoh diskaun, dengan mengadakan promosi di platform masing-masing.

Dari 1 hingga 14 Disember 2021, pengguna Qoala akan diberikan diskaun 12 peratus bagi insurans kereta dengan kod promo ‘QOALA1212’ yang boleh digunakan di laman web www.qoala.app/my. Kod ini sah sepanjang tempoh promosi untuk semua pengendali insurans yang tersenarai di aplikasi Qoala.app.

Kod promosi yang sama juga boleh digunakan dengan rakan kerjasama Qoala, Trapo, yang akan menawarkan promosi tambahan pada jualan akhir tahun 12.12 kali ini, dengan diskaun 10 peratus di seluruh gedungnya.

“Kami amat teruja untuk membawakan kemeriahan jualan hebat 12.12 kepada pembeli insurans kenderaan buat julung kalinya,” kata Calvin Teng, Pengurus Negara Qoala Malaysia.

“Inisiatif ini juga merupakan tanda penghargaan kepada semua pengguna Qoala di Malaysia dan merupakan cara kami menunjukkan nilai dan kesenangan yang boleh dinikmati rakyat Malaysia apabila membeli insurans dalam talian.”

Sebagai salah satu daripada pesta beli-belah paling mendapat sambutan di Asia Tenggara, 12.12 (atau Double 12) ialah tarikh penting untuk pengguna merebut peluang membeli barangan dan perkhidmatan pada kadar  terdiskaun.

Sebagai sebuah syarikat yang bertekad memberikan pengalaman insurans terbaik kepada pelanggannya, penyertaan Qoala dalam jualan hebat akhir tahun 12.12 kali ini sekali gus membolehkan pengguna tempatan memanfaatkan perkhidmatan insuransnya pada kos permulaan lebih rendah.

Di samping itu, Tune Protect dan AXA turut sama membawakan tawaran musim perayaan, dengan diskaun istimewa di platform mereka.

Melalui Tune Protect, pelanggan akan ditawarkan diskaun tambahan sebanyak 30 peratus oleh Qoala, di samping itu BIG (*RM1 = 1 mata BIG). Sementara itu AXA pula akan menyediakan perlindungan kemalangan diri percuma bernilai RM10,000 di samping diskaun 10 peratus.

Selain daripada itu, terdapat juga tawaran mengejut daripada rakan-rakan Qoala dengan setiap pembelian pelanggan.

“Qoala menyediakan produk insurans yang mudah dan boleh dipercayai menerusi aplikasi web kami,” tambah Calvin.

“Pelanggan tidak perlu bimbang tentang sebarang tuntutan kerana kami bersedia untuk membantu mereka melalui proses tuntutan dengan rakan-rakan insurans kami,” katanya.

Memandangkan sekatan perjalanan sudah dilonggarkan di seluruh Malaysia, tawaran Qoala dibuat pada masa yang sesuai bagi para pengguna jalan raya Malaysia, yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarah orang-orang tersayang.

Platform yang canggih dari segi teknologi ini sesuai untuk pasaran Malaysia yang celik digital, dengan mendigitalkan proses dan membawakan pengalaman lebih moden bagi pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.qoala.app/my

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button