Rencah Hidup

Tempahan nasi ganja naik mendadak gara-gara pelanggan beli nasi guna helikopter

SUDAH lama tiada berita panas di Ipoh. Dua hari lepas seluruh negara gempar apabila ada datuk yang menggunakan khidmat helikopter untuk membeli nasi di Ipoh.

Nasi ganja yang restorannya terletak di Jalan Yang Kalsom memang telah masyhur di seluruh negara. Keenakannya tidak lagi perlu diceritakan. Bagi mereka yang pernah menjamahnya akan ketagihan sepanjang hayat.

Memang perkara biasa orang-orang kaya menggunakan khidmat pemandu peribadi, mahupun helikopter untuk bergerak ke sana sini, waima untuk membeli makanan kegemaran mereka.

Namun bodohnya kali ini ialah apabila helikopter berkenaan mendarat di tengah Padang Ipoh yang memang terletak di tengah-tengah bandar raya Ipoh. Sudah pastilah ia akan menarik perhatian orang ramai.

Sepatutnya pilot berkenaan mendaratlah di lapangan terbang yang ada dan gunakan kereta untuk ke restoran nasi ganja atau terkenal dengan panggilan Vanggeh.

Mungkin juruterbang terbang terlalu tergesa-gesa dan memutuskan untuk mendarat di tengah-tengah padang.

Persoalannya kini, larangan merentas negeri masih berkuat kuasa. Oleh itu pihak polis yang menjalankan siasatan perlu menyegerakan tindakan tanpa mengira siap yang melakukan kesalahan.

Bukan perkara baharu para menteri dan menteri besar dikompaun kerana melanggar SOP PKP. Kompaun bukan kesalahan jenayah. Jadi bayar sajalah.

Apa ada hal dengan satu dua ribu ringgit kompuan, kalau mampu membeli nasi dengan menggunakan helikopter.

Menyingkap kembali kisah berkenaan pemilik restoran berkenaan pada mulanya menyangkakan ia berbuatan main-main sahaja.

“Ketika menerima tempahan sehari sebelum insiden itu, saya gelak sahaja kerana fikir mereka main-main (bergurau) bahkan sewaktu menghantar pesanan, perasaan masih bercampur-baur kerana bimbangkan pesanan tidak akan diambil,” kata Mohd Nihmathullah Syed Mustaffah.

Mohd Nihmathullah, 57, adalah pemilik restoran nasi kandar dikenali ‘nasi ganja’ terkemuka di Ipoh terletak di Jalan Yang Kalsom, dekat sini yang menerima pesanan 36 bungkus nasi ganja yang diambil dengan helikopter di Padang Ipoh, di sini, Jumaat lalu.

Katanya, dia menerima tempahan pada 3 petang Khamis, dan ketika itu dia sudah dimaklumkan pesanan akan diambil menggunakan helikopter antara jam 9.45 hingga 10 pagi keesokannya.

“Ketika itu saya gelak sahaja. Malah, saya sempat memberi amaran supaya tidak main-main. Bagaimanapun, nada suaranya serius mahukan pesanan itu.

“Dia juga mengulangi ayat bahawa pesanan akan diambil menggunakan helikopter dan menyuruh saya menunggu ketibaannya di Padang Ipoh, di sini, jam 10 pagi keesokannya.

“Ketika menerima tempahan sehari sebelum insiden itu, saya gelak sahaja kerana fikir mereka main-main (bergurau) bahkan sewaktu menghantar pesanan, perasaan masih bercampur-baur kerana bimbangkan pesanan tidak akan diambil,” kata Mohd Nihmathullah Syed Mustaffah.

Mohd Nihmathullah, 57, adalah pemilik restoran nasi kandar dikenali ‘nasi ganja’ terkemuka di Ipoh terletak di Jalan Yang Kalsom, dekat sini yang menerima pesanan 36 bungkus nasi ganja yang diambil dengan helikopter di Padang Ipoh, di sini, Jumaat lalu.

Katanya, dia menerima tempahan pada 3 petang Khamis, dan ketika itu dia sudah dimaklumkan pesanan akan diambil menggunakan helikopter antara jam 9.45 hingga 10 pagi keesokannya.

“Ketika itu saya gelak sahaja. Malah, saya sempat memberi amaran supaya tidak main-main. Bagaimanapun, nada suaranya serius mahukan pesanan itu.

“Saya fikir mungkin dia akan menaiki kereta. Bimbang juga kalau pelanggan itu tidak muncul memandangkan tempahan dibuat tanpa bayaran pendahuluan,” katanya lapor akhbar tempatan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah 36 bungkus masih kecil, dan dia masih boleh menjualnya jika pelanggan berkenaan tidak mengambilnya.

“Ketika dalam perjalanan ke lokasi fikiran saya masih 50-50. Saya hanya fikir jika pesanan itu tidak diambil dalam masa 10 minit saya akan jual kepada orang lain,” katanya.

Mohd Nihmathullah berkata, biarpun terkejut apabila perkara yang disangkanya gurauan itu menjadi kenyataan, dia dan menantunya yang menghantar pesanan berlagak seperti biasa.

“Tiada apa yang bermain di fikiran saya ketika itu termasuk mengetahui siapa yang menempah pesanan kerana tanggungjawab saya adalah mengambil dan menghantar pesanan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, pihak polis sudah mengambil keterangannya berhubung insiden itu pada malam hari sama.

Menurutnya, biarpun insiden itu dilihat sebagai pengalaman pertamanya tempahan diambil menggunakan cara ‘paling mewah’, namun ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan kerana terpaksa menjawab pertanyaan pelbagai pihak.

“Tak larat nak menjawab pertanyaan semua orang termasuk wartawan, rakan-rakan dan sebagainya sedangkan saya tak tahu pun siapa individu di sebalik helikopter itu.

“Jika dimaklumkan dengan jelas pesanan akan diambil dengan helikopter, saya boleh hantar terus ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), dan bukannya di Padang Ipoh.

“Selepas insiden itu, memang kami menerima tambahan tempahan. Jika sebelum ini kami mendapat 500 bungkus sehari, namun kini mencecah 650 bungkus sehari.

“Namun, biasanya hanya sehari dua selepas sesuatu ‘insiden besar’ keadaan ini (tambahan tempahan) kemudian akan kembali normal,” katanya.

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button