Nasional

TEMCO di Kg. Sanglang, Kg. Timbul dan 4 mukim ditamatkan awal

KERAJAAN menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Sanglang, Kedah dan Kampung Tanah Timbul, Perlis esok.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini bersetuju untuk menamatkan TEMCO di empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu telah diambil setelah tiada kes positif baru dilaporkan di kawasan terbabit.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah membuat saringan Covid-19 terhadap semua penduduk di kawasan yang terlibat.

“KKM telah menyaring seramai 1,397 penduduk di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul serta lebih 7,000 penduduk di Kubang Pasu dan Padang Terap.

“Pihak KKM telah memutuskan bahawa TEMCO tidak perlu dikenakan kerana kawalan secara kumpulan bersasar masih boleh memastikan jangkitan terkawal,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini.

Kerajaan melaksanakan TEMCO di kawasan terbabit pada 10 Ogos lalu dan sepatutnya tamat pada 31 Ogos ini. Keputusan melaksanakan TEMCO dibuat bagi mengawal penularan Covid-19 membabitkan Kluster Sivagangga.-SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button