Berita GajetEkonomiGajetUlasan

Telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai: HONOR Magic4 Pro sah tiba di Malaysia 1 Jun ini

PELANCARAN rasmi HONOR Magic4 Pro di Malaysia akan berlangsung pada 1 Jun 2022 secara siaran langsung di  facebook HONOR Malaysia pada pukul petang.

HONOR Magic4 Pro adalah telefon pintar flagship pertama HONOR yang akan dilancarkan di Malaysia. Sejak kebelakangan ini, peranti tersebut menjadi perbualan hangat peminat gajet kerana menampilkan sistem kamera berevolusi dengan Fotografi Ultra Fusion yang dibangunkan sendiri bersama teknologi HONOR Magic-Log.

Rekaan paling berkuasa dalam sejarah HONOR dengan Fotografi Ultra Fusion kelas terbaik HONOR Magic4 Pro menaikkan penanda aras industri dengan menampilkan Kamera Lebar 50MP, Kamera Lebar Ultra 122° 50MP serta Kamera Telefoto Periskop 64MP yang kesemuanya dikuasakan oleh Fotografi Ultra Fusion bagi menghasilkan imej berdefinisi tinggi dan jelas.

Dengan kombinasi Kamera Lebar 50MP dan Kamera Lebar Ultra 50MP, peningkatan ketajaman dan kejelasan  imej boleh dicapai 65%. HONOR Magic4 Pro mempunyai Zum Optikal 3.5x dan Zum Digital 100x yang dipertingkatkan lagi dengan Kamera Telefoto Periskop 64MP yang menambahbaik kejelasan imej sehingga 160%. Kelebihan teknologi ini pastinya menambah keyakinan penggemar fotografi dalam mengawal teknik dan gaya mengambil gambar.

Telefon Pintar dihasilkan untuk Videografi Filem Dengan menawarkan rakaman tahap sinematik, HONOR Magic4 Pro mempunyai ciri-ciri HONOR Magic-Log Movie Master dan Kesan Filem AI, menjadikannya yang pertama dalam industri untuk merakam video 10-bit Log 4K dalam 60fps, sekali gus membawa kepada satu lagi peningkatan penanda aras dalam industri.

HONOR Magic4 Pro membolehkan hasil rakaman seperti filem di hujung jari anda dengan detik-detik menikmati makanan di kafe dan melihat anak-anak membesar pastinya berbaloi untuk dirakam dan disimpan sebagai kenangan.

Format Log yang biasanya digunakan untuk merakam filem tahap profesional membolehkan pengguna mencantikkan lagi penghasilan video mereka dengan tona warna sinematik dalam kejelasan HDR.

Dilengkapi keupayaan Sinematik 3D LUT (Look Up Table) dengan format Magic-Log, pengguna boleh menyunting video dengan warna hue yang heba t, sekaligus dapat menghasilkan stail warna dan suasana ala-ala Hollywood dalam kandungan mereka.

Adakah anda teringat ketika mahu memuat naik gambar jamuan hari jadi tetapi menyedari anda hanya sempat merakam video disebabkan hanya ada satu peranti?

Mujur adanya ciri fotografi ketika merakam video. Dengan HONOR Magic4 Pro,  momen-momen tersebut boleh dirakam dengan lancar dalam bentuk video dan juga gambar yang berkualiti tinggi. Bersama teknologi inovatif HONOR, peranti tersebut mengetengahkan sediaan kamera yang mudah dan cepat, sekaligus menjadikannya
‘telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai’.

Untuk dapatkan maklumat terkini HONOR Magic4 Pro, layari https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic4-pro/ atau ikuti kami di Facebook HONOR Malaysia.

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button