NasionalNegeri

Pelajar perlu ambik peluang ikut kursus celik kewangan

GOLONGAN pelajar disarankan ambil peluang mengikuti kursus celik kewangan yang ditawarkan sama ada secara fizikal atau melalui dalam talian,” titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, pada masa yang sama golongan pelajar perlu tahu bahawa ibu bapa mereka adalah pihak paling hampir untuk dijadikan sebagai sumber rujukan perihal kewangan.

“Ibu bapa sudah melalui fasa kehidupan yang penuh dengan cabaran dalam menjaga ahli keluarga masing-masing termasuk menguruskan soal kewangan,” titah Baginda.

Pemangku Raja Perlis bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program berbasikal ‘MAIPs Peduli’ menjejaki dan menyantuni asnaf di sekitar Kangar baru-baru ini.

Mereka yang dibantu kali ini adalah Basiah Ali, 71 dan Nazarwin Alwis, 37 dari Kampung Repoh serta Muhammad Shafiq Mohd Sabri, 20 di Kampung Salang.

Ketiga-tiga penerima ini mendapat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berupa wang tunai RM700 setiap seorang, beras fidyah dan juga bahan makanan basah serta makanan harian lain daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Pemangku Raja juga berkenan mengingatkan golongan pelajar pada semua peringkat supaya menggunakan waktu muda ini manfaatkan masa depan masing-masing.

“Jangan terlalu leka dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan pada diri sendiri,” titah Baginda. – SM

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button