Nasional

Bangunkan teknologi grafena hasilkan bateri masa hadapan

Bagi merealisasikan hasrat dalam mencapai hala tuju universiti memantapkan ekosistem pendidikan serta jaringan strategik pihak industri, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Umorie Graphene Technologies Sdn Bhd, sebuah perusahaan pertama di Malaysia menghasilkan produk bateri kenderaan berasaskan grafena mampu dicas pantas, berkeupayaan tinggi, penggunaan yang lebih jauh dan bertahan lama.

Kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini sekaligus dapat menyumbang peningkatan kebolehpasaran graduan melalui nilai tambah latihan industri selain mewujudkan perkongsian professional dari segi ilmu dan kepakaran masing-masing – Md Amin.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, kerjasama yang melibatkan kepakaran di Fakulti Sains Matematik (FSM) UPSI mampu menghasilkan dua produk bateri yang boleh dikomersialkan dengan jangkaan pulangan penjanaan kewangan kepada universiti sebanyak RM satu juta selain penglibatan UPSI serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kerjasama UMORIE yang dibangunkan terdahulu bersama kerajaan Indonesia.

“Kerjasama ini dapat menyaksikan perkembangan ilmu melalui penyelidikan bateri berasaskan grafena yang mempunyai nilai komersil yang tinggi sekali gus dapat memenuhi hasrat dan kepentingan universiti dalam membangunkan hub penyelidikan automotif di lembah ini,” jelasnya semasa ucapan aluan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Syarikat Umorie Graphene Technologies Sdn Bhd dan Syarikat Suria Pembekal Umum Sdn Bhd di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Md Amin bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan syarikat Umorie Technologies.

Menurut Md Amin lagi, kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini berupaya menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan melalui nilai tambah latihan industri selain mewujudkan perkongsian professional dari segi ilmu dan kepakaran masing-masing.

Katanya Syarikat Suria Pembekal Umum misalnya, merupakan pembekal alatan makmal sejak 1973, dengan lebih 2000 produk, kini mempunyai produk pembuatan sendiri.

Md Amin bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan syarikat Suria Pembekal Umum

“Menerusi kepakaran penyelidik UPSI, pemindahan pengetahuan tujuan pembangunan dan penyelidikan (RnD) untuk menghasilkan dan menambahbaik produk PdP bagi fizik, kimia, biologi dan sains dapat membantu industri sekaligus menyuburkan bidang STEM selain mewujudkan “Central STEM Lab” yang memenuhi kehendak terkini kurikulum,” jelasnya lagi.

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button