Politik

Ramai pemimpin PAS mahu bersama MN

KENYATAAN Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung PAS akan terus beristiqamah dengan Perikatan Nasional (PN) hanya pandangan peribadi pengerusi gabungan itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Razlan Rafii mendakwa, terdapat ramai pemimpin PAS sebenarnya mahu bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama pemimpin PAS yang mahu bersama UMNO dalam MN.

“Apa Muhyiddin cakap tempoh hari adalah berkenaan pandangan beliau. Namun setakat hari ini tiada pimpinan PAS ulas kenyataan Muhyiddin.

“Kita tak dengar apa-apa lagi berkenaan perkara itu. Yang kita tahu ada ramai pemimpin PAS mahu bersama MN,” katanya.

Selasa lalu Muhyiddin berkata, PAS akan terus beristiqamah dengan PN.

Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan dalam pertemuan sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, beliau juga tidak akan menghalang mana-mana parti dalam PN mengambil sebarang langkah dalam strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang. – FMT – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button