Jenayah

Tragedi bot dibadai ribut: Operasi hari keempat pencarian 3 mangsa masih hilang

Radius pencarian diperluaskan lebih 400 batu nautika persegi

TIGA lagi mangsa yang hilang dalam tragedi bot terbalik dibadai ribut di 10 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Kemasin, Bachok, Kelantan, masih belum ditemui.

Hari ini masuk hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang dengan radius pencarian diperluaskan lagi kepada lebih 400 batu nautika persegi dari lokasi kejadian.

GAMBAR BERNAMA

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, dalam operasi semalam, pencarian seluas 351.6 batu nautika persegi masih gagal mencari tiga mangsa itu iaitu Arman Ismail, 43, Harun Daud, 57, dan Che Wadi Bakar, 40-an.

Hari ini, katanya, operasi SAR telah bermula sejak awal pagi iaitu pada pukul 7 dengan membabitkan 81 pegawai dan anggota serta pelbagai agensi.

Ia termasuk bantuan para nelayan tempatan dan juga pihak berkuasa Thailand, katanya.

BERNAMA melaporkan, dalam operasi SAR semalam, pasukan pencarian masih gagal mendapat petunjuk lokasi ketiga-tiga mangsa itu walaupun menemui pelbagai tong dan kayu dipercayai milik bot yang terbalik itu.

Setakat ini, lima mangsa yang meninggal dunia telah ditemukan sejak operasi SAR dilancarkan iaitu Mohd. Syahrizan Daud, berusia dalam lingkungan 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Dalam kejadian  pukul 8 malam, 12 daripada 20 mangsa terselamat dalam kejadian tersebut dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun. – SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button