Rencana

Tekanan akibat cuaca ekstrem boleh sebabkan manusia cepat tua

MENGALAMI tekanan yang teruk akibat peristiwa seperti bencana alam sebenarnya boleh memberi kesan penuaan kepada kesihatan fizikal kita dan perkara yang sama turut boleh berlaku kepada monyet.

Demikian menurut satu kajian yang melihat keadaan monyet yang mengalami Taufan Maria pada tahun 2017 di Caribbean.

Penyelidik dari Arizona State University di Amerika Syarikat (AS) mengkaji 435 monyet di pulau Cayo Santiago, terletak satu kilometer dari pantai selatan Puerto Rico.

Para saintis membandingkan sampel darah monyet sebelum dan selepas taufan untuk menetukan sama ada terdapat perubahan yang dikesan dalam tahap biomarker yang berkaitan dengan penuaan.

Hasil mendedahkan perubahan dalam ekspresi gen dalam monyet, dengan empat peratus daripada gen yang dinyatakan dalam sel imun didapati berubah selepas taufan.

Penyelidikan menunjukkan monyet menua secara purata sebanyak dua tahun disebabkan oleh tekanan akut selepas terselamat daripada taufan. Dalam kehidupan manusia, ini mewakili antara tujuh dan lapan tahun.

Kajian ini hanya dijalankan pada monyet, tetapi manusia berkongsi lebih daripada 90 peratus gen yang sama dengan monyet. Oleh itu, kemungkinan kesan yang sama boleh berlaku kepada manusia.

“Walaupun semua orang meningkat usia, namun kita tidak menua dalam kadar yang sama dan pengalaman hidup kita, baik negatif mahupun positif boleh mengubah rentak penuaan ini.

“Satu pengalaman hidup negatif, terselamat daripada kejadian yang melampau, boleh membawa kepada keradangan kronik dan permulaan awal kepada beberapa penyakit berkaitan usia, seperti penyakit jantung,” kata penolong profesor di Arizona State University’s School of Life Sciences, Noah Snyder-Mackler.

Kejadian terdahulu yang melibatkan manusia telah menunjukkan bahawa kejadian cuaca ekstrem seperti puting beliung, taufan, tsunami atau kebakaran besar boleh membawa kepada tekanan selepas trauma yang ketara. – SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button