Politik

Kalau kamu mahu ‘go to hell’ dipersilakan – Najib

AHLI Parlimen UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak membalas tajam sindiran Ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk ‘go to hell’ atau ‘pergi mampus’ terhadapnya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara bertegas untuk ‘go to hell’ beliau dipersilakan untuk berbuat demikian.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dia juga tidak sudi bekerjasama dengan Setiausaha Publisiti DAP itu.

“Saya juga tak mahu bekerjasama dengan kamu. Sebab itu saya tetapkan “tiada DAP” hari ini dalam mesyuarat ahli Parlimen UMNO.

“Tapi jika kamu masih mahu bertegas untuk “go to hell”, dipersilakan,” sindir Najib.

Tony sebelum ini berkata ada sesetengah orang yang tidak berprinsip mungkin kemaruk kuasa sehingga sanggup mendapatkan sokongan Najib Razak untuk membentuk kerajaan baru.

Namun katanya rancangan menubuhkan kerajaan bersama sokongan bekas perdana menteri itu adalah sesuatu kerja yang “benar-benar gila”.

Tegas Tony beliau tidak akan bersama dengan kerajaan seperti itu.

“Kerajaan yang mahu bergantung pada sokongan Najib boleh ‘go to hell’. Kita sudah melihat perkara itu berlaku bagi pengkhianat di Perikatan Nasional,” tegas Tony.

Tony mengulas laporan berita bahawa Najib mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima daripada Perikatan Nasional (PN).

Najib yang juga Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata, syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan membabitkan parti DAP.

Katanya, UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti politik lain termasuk parti Anwar (PKR) jika masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah.

“Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan membabitkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini.

“Jika dulu, saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin walaupun pada masa itu PPBM adalah musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh berunding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) 15,” kata Najib.-SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button