Nasional

Rujuk senarai hospital, klinik elak kekeliruan- KP Kesihatan

Penipuan dokumen saringan COVID-19

MASYARAKAT diminta merujuk senarai semua hospital dan klinik saringan COVID-19 swasta yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan kekeliruan serta penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini, terdapat lebih 50 hospital dan klinik swasta seluruh negara yang diluluskan KKM untuk menjalankan saringan wabak itu.

How Do Coronavirus Tests Work? - IEEE Spectrum

“Kita ada senarai semua hospital dan klinik rawatan serta saringan COVID-19. Orang ramai diminta rujuk pada portal CPRC (pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan) KKM,” katanya pada sidang akhbar harian perkembangan COVID-19.

PKPB
Dr. Noor Hisham Abdullah

Dr. Noor Hisham turut menyeru masyarakat segera melaporkan kepada pihak berkuasa dan KKM sekiranya mengetahui berlaku kegiatan penipuan dan pemalsuan dokumen saringan COVID-19.

Tegasnya, ia adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam dilaporkan bahawa lima lelaki Bangladesh ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen keputusan negatif saringan COVID-19 bagi warga asing dalam serbuan di Jalan Tengkat Tong Shin, Kuala Lumpur pada 9 Jun lalu.

Mengenai kes tukang gunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19 semalam, Dr. Noor Hisham berkata, setakat ini, kes itu belum diklasifikasi sebagai kluster memandang hanya seorang yang disahkan positif.

Beliau berkata, tindakan sewajarnya telah diambil dengan menjalankan saringan kepada kontak rapat dan mereka yang telah mendapatkan khidmat gunting rambut daripada tukang gunting rambut berkenaan.

“Kes yang positif (tukang gunting rambut) telahpun kita asingkan dan masukkan ke hospital manakala kes yang dikenal pasti kontak rapat, kita arahkan untuk kuarantin di rumah. Jadi, tindakan telah diambil dan siasatan telah dijalankan,” katanya. – BERNAMA

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button