Bola SepakSukan

Alcantara mungkin dikecewakan?

PEMAIN tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara amat menghargai sekiranya dia diberi peluang beraksi di bawah bimbingan Jurgen Klopp, tetapi Liverpool tidak merancang untuk mengukuhkan bahagian tengah mereka pada jendela perpindahan kali ini.

Menurut Sky Sports, Thiago mungkin ditimpa kekecewaan, dengan perpindahan ke Anfield mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, jika Liverpool merancang untuk mengubah pendekatan permainan, maka pemain berusia 29 tahun itu merupakan salah seorang pemain yang mereka sedia pertimbangkan.

Dengan kontrak hanya setahun berbaki di Bayern, Thiago dilaporkan telah memaklumkan kepada kelab Jerman itu bahawa dia berhasrat untuk berpindah.

Bayern menuntut 30 juta pound (RM164 juta) untuk khidmat pemain antarabangsa Sepanyol itu, tetapi kelihatannya Thiago perlu melihat laluan alternatif selain Liverpool bagi mempertimbangkan destinasi seterusnya.

Liverpool memiliki begitu ramai pemain tengah, dengan Jordan Henderson, Fabinho, Naby Keita, Georginio Wijnaldum, James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain dan Curtis Jones bersedia berkhidmat untuk Klopp.

Bagaimanapun, sememangnya tidak dapat dinafikan masih ada ruang buat Reds untuk membawa masuk pemain tengah yang baharu bagi mengukuhkan posisi tersebut di atas padang.

Sekalipun, mereka berjaya merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris, terdapat situasi tertentu Liverpool kelihatan ketandusan kreativiti di bahagian tengah, musim ini.

Thiago merupakan pemain yang berpengalaman luas dan pernah memenangi beberapa gelaran liga bersama Bayern dan juga Barcelona.

Memiliki kepakaran menyempurnakan hantaran bola, Thiago adalah pemain yang mempunyai kreativiti tinggi dan berupaya beraksi pada situasi yang lebih teknikal pada bahagian tengah jika diperlukan.

Liverpool telahpun menandatangani seorang pemain pada musim panas ini, dengan membawa masuk bek kiri, Kostas Tsimikas bagi menjadi pemain sokongan buat Andy Robertson.

Musim panas lalu, skuad bimbingan Klopp tidak membawa masuk seorangpun pemain berpengalaman di posisi serangan, tengah mahupun pertahanan, dengan Takumi Minamino merupakan satu-satunya pemain yang ditandatangani pada Januari lepas. – SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button