Hiburan

Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 pementasan terdesak?

JUDUL Jula Juli Bintang 7 sinonim dengan filem Melayu Klasik atau pun pentas bangsawan zaman arwah Sri Panggung Bangsawan, Mak Enon.

Jula Juli Bintang 7 mahu diangkat masuk ke Istana Budaya (IB) Kuala Lumpur tahun 2022 oleh pengarahnya, Zaifri Husin sebagai teater muzikal.

Teater muzikal Jula Juli Bintang 7 ini terbitan Istana Budaya bakal dipentaskan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 29 dan 30 Oktober ini. Dan pada 30 Oktober itu nanti akan ada dua pementasan termasuk matinee.

KETUA Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Muhtar.

Semalam, diadakan sidang media untuk menguar-uarkan tentang pementasan teater muzikal tersebut yang mana nama Shiza Zikir, Ezad Lazim dan Zam Ryzam Lazarul ditonjolkan sebagai barisan utama pelakon.

Sekali pandang, tempoh masa untuk menguar-uarkan pementasan teater muzikal itu juga agak singkat.
Perlu difahami bahawa apa yang mampu dilakukan oleh pihak media, agak dibatasi oleh masa dalam membantu mempromosikan teater muzikal Jula Juli Bintang 7 ini.

Ditanya pula kepada Pengarah teater muzikal itu apakah barisan yang terlibat dengan produksi Jula Juli Bintang 7 dapat membuat persiapan yang mantap sebelum tibanya hari pementasan?

Jawapan yakin Tuan Pengarah Zaifri, “Ya.”

Berpegang kepada jawapan tersebut, debaran rasa barisan pelakon dapat dilihat dari reaksi wajah kerana sesi latihan belum bermula.

Barisan pelakon diberikan lagu-lagu untuk dihafal liriknya dan ada 30 buah lagu baharu ciptaan Mohd Hafiz Askiak khusus untuk teater muzikal Jula Juli Bintang 7.

Kelainan mahupun keunikan teater muzikal Jula Juli Bintang 7 bukan satu sandaran untuk melihat kejayaannya dalam menggamit penonton ke panggung berprestij IB itu.

Sebaliknya, ia dilihat sebagai ‘pementasan pembukaan’ atau ‘pementasan selamat datang’ kepada Ketua Pengarah (KP) IB yang baharu, Zubaidah Muhtar.

Besar tanggungjawab yang perlu digalas oleh KP IB yang disapa dengan panggilan Puan Zu untuk memastikan bukan sahaja teater muzikal Jula Juli Bintang 7 mendapat sambutan tetapi juga ia perlu sukses dan sekaligus, ‘an eye opener’ kepada aktiviti-aktiviti IB pada masa akan datang.

Dengan pengalaman Puan KP IB yang terlibat dalam JKKN, Kementerian Kesenian dan Pelancongan (MOTAC), aura IB kembali gah seperti di era Abang Jo (Datuk Mohamed Juhari Shaarani).

Pasca pandemik Covid-19 tidak terus menyepikan atau pun menghapuskan sama sekali aura IB dalam kalangan kaki tonton teater.

Bagi anda yang ingin membeli tiket untuk menyaksikan teater muzikal Jula Juli Bintang 7, boleh dapatkan tiket anda di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my yang mana tiket-tiket berharga RM60, RM80, RM110 dan RM250 telahpun mula dijual sejak 1 Oktober lalu.

Ataupun boleh datang ke Kaunter Box Office Istana Budaya pada 26 hingga 30 Oktober untuk membeli tiket.
Kata KP Zubaidah, “kita bagi diskaun sebanyak 50 peratus kepada golongan warga emas, pelajar sekolah, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan kanak-kanak.” – SM

(Visited 406 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button