Rencah Hidup

TDM Siasat Anggota Pakai Seragam Dalam Kelab Malam

TENTERA Darat Malaysia (TDM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan gambar seorang anggotanya yang dilihat memakai seragam tentera di sebuah pusat hiburan.

Menurut kenyataan, TDM memandang serius insiden terbabit kerana ia melibatkan imej dan maruah institusi ketenteraan negara, selain dikhuatiri mencemarkan disiplin serta integriti pasukan.

“TDM sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta menentukan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Pihak tentera turut menegaskan bahawa pemakaian pakaian seragam di lokasi yang tidak bersesuaian, seperti kelab malam atau tempat hiburan, adalah dilarang sama sekali dan melanggar peraturan perkhidmatan.

TDM memberi jaminan bahawa tindakan disiplin yang tegas akan diambil sekiranya anggota terbabit didapati melanggar etika perkhidmatan.

Kes ini turut mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan anggota tersebut. Gambar yang tular menunjukkan individu berkenaan bersantai dalam kelab hiburan sambil lengkap berbaju celoreng, dipercayai dirakam sempena ulang tahun perkahwinan.

Sehingga kini, tiada kenyataan lanjut dikeluarkan berhubung hasil siasatan atau tindakan yang bakal dikenakan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button