Politik

Zahid selar KJ sebagai perasan

NAMPAKNYA Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak selesa dengan dakwaan Khairy Jamaluddin bahawa beliau dicampak ke kandang naga di Sungai Buloh.

Bahkan Zahid menyifatkan Khairy atau KJ sebagai menunjukkan dia lebih bijak daripada orang dan perasan.

Menurut Zahid, calon Barisan Nasional (BN) iti sepatutnya berterima kasih kepadanya kerana dipilih sebagai calon.

Khairy dalam kempennya berkata beliau ibarat dicampak ke kandang naga kerana Sungai Buloh merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) yang dimenangi dengan 26,000 majoriti undi.

Justerus Khairy berkata jika menang kelak beliau mahu memimpin parti iaitu UMNO dan seterusnya menjadi perdana menteri.

Pada masa ini BN memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon sebagai poster boy dan calon perdana menteri jika BN menang kelak.

UMNO akan mengadakan pemilihan parti pada Julai tahun hadapan dan Zahid dijangka bakal ditentang untuk jawatan presiden dan sudah pastinya salah seorang calon itu ialah Khairy.

 

(Visited 1,158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button